SEREMBAN: Personaliti sensasi tanah air, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine, Jun lalu.
Tertuduh yang berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mahyun Yusof.
Mengikut pertuduhan, selebriti yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram itu didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai pada 29 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM 2,000 dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar.
Media sebelum ini melaporkan, pelakon berkenaan ditahan oleh sepasukan polis kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dicekup sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan ke rumah berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Sep 13 2021
Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul (tiga dari kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin. - Gambar Instagram Zarina Anjoulie
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Pantau Agenda Reformasi: Martabatkan profesion guru, tingkat kesejahteraan
Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu disebut semula 27 Jun
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional di sini yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
Bekas CEO badan berkanun direman
Seorang lagi ssuspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Zarina kini bergelar tunangan Datuk Seri Khazrul Elzey
Penampilan Zarina Anjoulie manis bertudung di majlis pertunangan jadi tumpuan.
Dakwa difitnah, Zarina Anjoulie buat laporan polis
Polis mengesahkan menerima laporan daripada selebriti, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul pada Selasa berhubung hantaran video pemilik akaun Facebook yang didakwa memfitnahnya.
Selebriti sensasi Zarina Anjoulie didenda RM4,000 guna dadah
Majistret menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap artis berusia 34 tahun itu selepas dia membuat pengakuan bersalah pada Selasa.
Kes dadah Zarina Anjoulie dibicara Februari depan
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Majistret Mohd Firdaus Salleh pada Khamis.
Pesonaliti Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah
Personaliti tanah air Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine, Jun lalu.
Amyza gagal jawab saman, Zarina Anjoulie mohon masukkan penghakiman
Amyza didakwa menggunakan kata-kata kesat, memfitnah, dan memalukan Zarina apabila beliau menyelar perbuatanartis tempatan, memohon Bantuan Prihatin Nasional oleh kerajaan berikutan wabak COVID-19.
Kontroversi peluk bukan gimik - Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani menyangkal dakwaan netizen bahawa dia mengambil kesempatan terhadap kontroversi melandanya baru-baru ini bagi mempromosikan single terbaharu, Bidadari.
Artis jatuhkan artis: Ismail Izzani baru percaya cakap mama
Gara-gara penyebaran foto penyanyi Ismail Izzani dengan aktres Zarina Anjoulie seakan berpeluk di sebuah kelab malam tular baru-baru ini dia sukar tidur malam.
'Mael, duit aku mana? Aku ni dahlah janda' - Zarina Anjoulie akhirnya buka mulut
Zarina bagaimanapun meminta agar Mael untuk menjelaskan bayaran bil hotel yang ditinggalkan.
Sakit, tapi bukan mengandung dengan Ismail Izzani - Zarina Anjoulie
Ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan sebenar Zarina dengan penyanyi muda yang baru berusia 18 tahun